Friday 26 November 2010

:: Detik Terawal ::

Masih ingatkah sayang..detik pertama kita..
tiada bicara..kelu kata-kata..
hanya pandangan mata...
sungguh...aku tidak pernah menyangka...
dari detik dan waktu itu...
Allah memanjangkan jodoh kita..

hari temuduga tersebut adalah pertama kali aku lalui..

debaran tidak perlu dicerita..
mungkin tidak nampak diwajah..
namun Alhamdulillah..
usai semuanya..ku ke lobi menanti untuk pulang

sedang kutermenung mengingati patah perkataan dari penemuduga..

menatap telefon bimbit yang sunyi..
aku disapa oleh dua orang gadis..
ayu dan jelita...
kak long dan kak ina orang pertama menegur..
tika ku sendirian di lobi...
bertukar buah fikiran..
alhamdulillah..silaturrahim dicipta..
namun bicara kami tidak lama..

aku kembali mendiamkan diri..

apabila semua kawan2 k.ina dan k.long turun ke lobi selepas ditemuduga..
bergema perbualan mereka..
gelak tawa...geli hati melihat telatah mereka..
mereka sedang menanti seorang sahabat mereka..

Lama disitu..

seorang jejaka melangkah maju ke arah mereka..
siapa??
berbaju putih??
gema sekali lagi dilobi diusai dengan gelak tawa..
dia memandang..
selepas itu..k.ina dan k.long menghulur salam untuk pergi...
moga tautan silaturahim ini diberkati olehNYA..

dia masih memandang...

aku tunduk...
siapa dia?
memandang hilangku dari pandangan...
lalu berlalu pergi.....

Thursday 25 November 2010

:: Terindah ::

Beberapa hari selepas hari interview...
k.long mesej..bertanya khabar..mula dari hari tu..
selalu sangat dapat msj dari k.long..
tanya khabar...kakak yang sangat caring..
kehidupan ku yang tidak mempunyai kakak..
menjadikan kuselesa berkongsi masalah dengan k.long..
terima kasih..=)

tetiba k.long bgtau yang ada orang ingin kenal denganku..
siapa dia??
k.long mengingatkanku kembali pada hari interview tu..
hah?? dia?? yang memandang??
tapi raut wajah xdapat untuk ku ingat kembali..
kata k.long ingin berkenalan..
k.long menyatakan kehairanannya bila si dia minta no hp aku..
kata k.long, dia pemalu..xpernah bercinta katanya..
hemmm begitu...

daku xmenggangap lebih..
mungkin sekadar ingin berkenalan..
kerana usianya, seusia abangku..
aahh....abaikan..tiada yang lebih..

setelah itu..ak menerima mesej dari dia...
sekadar bertanya khabar..
walaupun ku tidak mengetahui namanya...
"awak" "saya"...=)

sebenarnya disebalik ini..
tersimpan satu rahsia yang mengelikan hati..
biarlah aku dan dia yang mengetahui...
inilah ketetapan Illahi...
aku bersyukur...dikurniakan teman sepertinya...
sabar...

hari2ku dilalui dengan sempurna..
walaupun kami jarang mesej...
STPM...dia banyak memberiku dorongan dan sokongan..
indah walaupun ku tidak pernah bertemu....
terima kasih kerana menjaga maruah bersama...
detik perkenalan pertama ini..
membuatkan hatiku terisi "sesuatu"
apakah itu??
aku belum pasti....
aaaahhhhhh.......